FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas dilanggar bas awam di Jalan Meranti 3/7, Seksyen 3, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang juga buruh binaan dilanggar ketika sedang berjalan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan lain.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam 5.15 petang sebelum bergegas ke lokasi.

"Mangsa didapati berada di bawah badan bas dan dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 8:03 PM