GRADUAN bidang seni visual dan seni reka dilengkapkan pelbagai pengetahuan.
GRADUAN bidang seni visual dan seni reka dilengkapkan pelbagai pengetahuan.

Industri seni kreatif merangkumi empat cabang utama iaitu Audio Visual & Media Baru, Rekaan, Seni & Kraf dan Media Cetak. Perkembangan pesat dunia teknologi kreatif masa kini membawa kepada peningkatan kepada keperluan tenaga mahir bidang berkenaan.

Memandangkan ia berkembang secara berterusan, graduan bagi bidang seni visual dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni visual dan seni reka untuk lebih kompeten,cekap dalam tugasan mereka.

Management & Science University (MSU) universiti terbaik bagi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia menawarkan program prauniversiti Foundation in Visual Arts bagi pelajar yang berminat mengikuti program pengajian dalam bidang seni visual dan kreatif.

Justeru MSU melalui penawaran program berkenaan berperanan memberikan pelajar pendedahan awal mengenai sesuatu pengkhususan pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui pelajar sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.

Dengan jangka masa kursus selama setahun meliputi tiga semester pengajian, Foundation in Visual Arts adalah pilihan terbaik memandangkan pelajar dijamin tempat dan menjimatkan tempoh pengajian selama setahun di peringkat ijazah sarjana muda di MSU.

Terkenal dengan visi komitednya untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan dalam kalangan graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperolehi ilmu melalui prasarana lengkap bagi tujuan pembelajaran berkualiti.

Sebaik menamat pengajian dalam bidang berkenaan, pelajar berpeluang mengikuti program peringkat ijazah sarjana muda di MSU dalam bidang seperti Graphic Design, Games Design and Animation, Instructional Multimedia, Visual Communication and Marketing, Creative Multimedia, Media Science, dan Creative Video and Photography.

Bidang pengkhususan pengajian prauniversiti lain yang ditawarkan di MSU ialah Foundation in Information Technology & Engineering, Foundation in (Science Biology/Health Science) Foundation in Law, Foundation in TESL dan Foundation in Business.

Selain itu, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi turut disediakan melalui Global Mobility Programme (GMP), MSU yang memberikan pelajar pilihan mengikuti pe­ngajian di lebih 40 universiti di seluruh dunia yang juga adalah rakan universiti MSU.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:00 AM