Mahmoud (kiri), Mohd Akmal dan Parfitt bergambar dengan piala pusingan masing-masing selepas majlis penyampaian piala dan plak kemenangan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 di PICC.

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: “Bahasa Melayu sangat cantik, ada pantun, peribahasa dan perkataannya ada irama, itu yang mendorong saya untuk terus mempelajari bahasa ini,” kata Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2015 Piala Perdana Menteri (PABM 2015) bagi kategori Antarabangsa, Joshua Parfitt, 22.

Pemuda berasal dari United Kingdom (UK) itu berkata, dia sangat bangga apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori berkenaan.

“Saya sangat bangga kerana peserta lain sangat hebat, pada mulanya saya pun tidak sangka menang.

“Saya bercadang menyumbangkan sebahagian daripada wang kemenangan ini kepada organisasi mesra alam, tetapi saya belum membuat keputusan lagi organisasi mana,” katanya ketika ditemui media selepas pertandingan akhir PABM 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam kelmarin.

Hadiah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:20 AM