GAMBAR CCTV kenderaan yang digunakan suspek kes samun kedai bunga.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Berpura-pura mahu membeli bunga sebelum menyamun pekerja premis. Itu taktik dilakukan dua suspek lelaki yang merompak seorang wanita dan melarikan wang tunai RM350.

Dalam kejadian jam 7.45 malam kelmarin, dua suspek berusia 20-an menunggang motosikal sebelum meletakkannya di hadapan premis menjual bunga di Jinjang Selatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seorang suspek menekan loceng premis dan memberitahu mangsa yang dia ingin membeli bunga.

“Sebaik mangsa membuka pintu, suspek segera mengambil gunting yang diletakkan di atas meja sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.

“Suspek turut membuka pintu premis bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam kedai sebelum mengambil wang tunai,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:25 AM