MARIANI Ismail

Kuala Lumpur: Seniwati Mariani Ismail, 81, kini terlantar di wad Hospital Sentosa Kuala Lumpur kerana menghidap komplikasi kolon dan penyakit hati.

Mengesahkan perkara ini kepada Harian Metro tadi anaknya, Rozita Rohaizad berkata Mariani dimasukkan ke wad itu kelmarin selepas mengalami muntah-muntah dan cirit birit.

"Sebelum ini adik saya, Melissa Saila, pernah membawa ibu kami menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam dan keadaannya nampak pulih. Namun sejak minggu saya lihat kesihatannya kembali terganggu dan semakin serius beberapa hari lalu.

"Jadi ibu terus dikejarkan ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan segera dan doktor mengesahkan ada komplikasi pada usus kolon dan hatinya. Pembedahan buat pertama kalinya akan dibuat hari ini oleh pakar perubatan di sini" kata Rozita.

Sejak dimasukkan ke wad itu, hanya saudara mara serta rakan-rakan rapat Mariani dalam dalam dunia seni saja dimaklumkan mengenai perkara itu bagi memberi ruang kepada seniwati itu untuk berehat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 11:31 AM