Kuala Terengganu: Harian Metro (HM) memenangi tempat pertama kategori Penulisan Berita Terbaik dan Foto Terbaik Malam Anugerah Kewartawanan KAWAT-ExxonMobil 2015, malam tadi.
Kategori Penulisan Berita Terbaik itu dimenangi menerusi Nazdy Harun, manakala Foto Terbaik pula diraih Tengku Mohamad Syamim Tengku Ismail.
Wartawan Harian Metro Ahmad Rabiul Zulkifli turut meraih tempat kedua kategori Penulisan Rencana Terbaik.
Selain itu, Aswadi Alias dari New Straits Times meraih tempat ketiga kategori Foto Terbaik.
Wartawan Berita Harian, Hanneyzah Bariah Baharin pula menang tempat kedua dan ketiga bagi kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik dan Penulisan Berita Pendidikan Terbaik.
Selain itu, wartawan TV3, Abd Aziz Abdullah dan Mohd Ishak Abdillah Ngah apabila mengungguli tempat kedua dan ketiga bagi kategori Berita TV Terbaik.
Semua pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM750.
Hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.