Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati di atas kerusi di rumahnya dalam keadaan mayat hampir mereput di Jalan Pengkalan Songket, Alor Gajah, malam tadi.

Mayat Kamsani Ahmad, 47, yang lengkap berpakaian seragam kerja ditemui terkulai di atas kerusi malas berhampiran dengan tempat tidur oleh sepupunya kira-kira jam 7 malam.

Sepupu mangsa dikatakan melakukan pemeriksaan di rumah Kasmani sebelum terhidu bau busuk lalu memaklumkan kepada polis.

Polis yang melakukan pemeriksaan di dalam rumah menemui mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan kejadian dan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 3:15 PM