MOHD Dzuraidi (dua dari kiri) menunjukkan ganja mampat yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan.
Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING), Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ganja dan pil ekstasi bernilai RM522,000 dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini dan Pulau Pinang.

Dalam operasi selama dua hari bermula Ahad lalu, lapan ahli sindiket termasuk seorang wanita asing berusia 17 hingga 59 tahun ditahan menerusi serbuan dijalankan secara serentak.

Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam dan risikan dijalankan sejak enam bulan lalu.

Katanya, serbuan dijalankan di Bukit Kayu Hitam dan Sungai Petani serta di Bayan Lepas, Pulau Pinang, dan merampas 179 ketulan mampat dadah disyaki ganja selain 159 pil ekstasi.

“Pasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dalam sekatan jalan di Bukit Kayu Hitam jam 8.40 malam Ahad lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 8:20 AM