NORINE (kanan) bersama Naziah (tengah) menerima replika kunci kereta Proton Exora.
NORINE (kanan) bersama Naziah (tengah) menerima replika kunci kereta Proton Exora.

Subang Jaya: GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali pasar raya Giant mencatatkan peningkatan 30 peratus bagi transaksi penggunaan kad mesin pengeluaran juruwang automatik (ATM) atau kad debit kepada 120,000 sepanjang tempoh peraduan ‘Bayar Tanpa Tunai’ pada tahun ini berbanding 65,000 tahun lalu.

Pengurus Besar Pemasarannya, Norine Erica Majaman berkata, peraduan yang dijalankan selama lapan minggu itu adalah usaha berterusan syarikat untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah di Giant menggunakan kad ATM atau debit.

“Kami menerima sambutan menggalakkan kali ini dengan lebih 73,000 penyertaan dicatatkan iaitu hampir dua kali ganda jumlah penyertaan tahun lalu,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Bayar Tanpa Tunai di sini, semalam.

Pada majlis itu, Giant mengumumkan pemenang hadiah utama peraduan Bayar Tanpa Tunai iaitu Naziah Mohd Yusuff dari Kedah yang membawa pulang Proton Exora 1.6 Standard bernilai RM56,500.

Selain hadiah utama, peraduan berkenaan turut menawarkan tiga hadiah lain berupa baucar AirAsia Travel bernilai RM3,000, RM5,000 dan RM8,000 bagi pemenang hadiah pertama hingga ketiga di samping beberapa hadiah saguhati AirAsia Travel bernilai RM1,000 bagi enam pemenang terpilih.

Peraduan ‘Bayar Tanpa Tunai’ berlangsung daripada 23 April hingga 17 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 8:16 AM