Anggota bomba memadamkan kebakaran empat rumah kedai di Jalan Metro Prima 2, Taman Kepong, tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran empat rumah kedai di Jalan Metro Prima 2, Taman Kepong, tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Empat rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Prima 2, Taman Kepong, di sini, 12.30 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah hari sebelum tiba sembilan minit kemudian.

Katanya, dua kereta masing-masing model Proton Saga BLM dan Perodua Kelisa turut terjejas dalam kebakaran itu.

“Punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi disiasat bahagian forensik bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal 20 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 3:50 PM