Kemalangan kereta dengan trak tentera yang mengorbankan pemandu kereta. FOTO ihsan bomba
Kemalangan kereta dengan trak tentera yang mengorbankan pemandu kereta. FOTO ihsan bomba
Oleh Abd Rahman Adam


Bintulu: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung trak tentera Kem Seri Miri, di Kilometer 141, Jalan Miri-Bintulu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa, Jee Sau Kong, 54, dari Batu Niah, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, mangsa bersendirian memandu kereta jenis Proton Saga dan dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum bertembung dengan trak dinaiki 11 anggota tentera dari dari arah bertentangan.

Anggota tentera berkenaan tidak cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Lim Kwai mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 6:49 PM
Digital NSTP Subscribe