Oleh Wahi Aziz


Penyanyi muda Nana Sheme yang kini popular dengan lagu siulan ramai, Hantu Atau Buaya sama sekali tidak menyangka lagu itu mampu meninggalkan impak tersendiri.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 20, berkata, dia bagaikan bermimpi menghadapi fenomena lagu ‘berhantu’ itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih menarik, klip video Hantu Atau Buaya yang dimuat naik di YouTube kini sudah mencecah lebih 3.5 juta tontonan.

Nana mengakui pada mulanya dia menerima respons negatif berikutan judul lagu ciptaan DJ Fuzz itu, bagaimanapun dia lega apabila kini bertukar positif kerana semakin diterima umum.

“Pada mulanya macam-macam reaksi saya terima yang memperlekehkan judul dan lirik lagu itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 7:19 AM