PENYERANG Johor DT Luciano Figuera (kanan) mengasak penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi.
Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Mario Gomez menyifatkan kekalahan 1-4 kepada Kelantan bukanlah penamat untuk meneruskan perjuangan memburu kejuaraan Liga Super.

Walaupun Johor DT terpaksa melepaskan seketika takhta liga yang kini dirampas Pahang namun kedua-dua pasukan mengutip mata masa iaitu 43 mata dan hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan yang dimiliki skuad Tok Gajah.

Senario itu jelas tidak mengundang panik buat Gomez yang bakal membentuk barisan yang mantap dengan corak permainan lebih ampuh apabila melayani kunjungan Perak di Stadium Larkin, Rabu ini.

“Kita sudah tewas dan tiada guna untuk untuk mengenang mengimbas balik kekalahan itu malah saya menganggap ia pengajaran berguna buat Johor DT bagi mengembalikan corak permainan lebih kemas dan saya tahu pemain begitu kecewa dengan keputusan itu.

“Andai hanya ketinggalan 2-1, mungkin kita boleh seri atau menang tetapi apabila pasukan lawan menjaring gol ketiga, keadaan lebih sukar dan saya tidak mahu mengingatkan lagi.

“Perlawanan itu sudah berakhir dan kita perlu tumpukan pada aksi seterusnya pada baki dua perlawanan lagi dan ia begitu penting buat Johor DT malah saya menyifatkan dua aksi itu [final’ untuk memburu kemenangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 10:15 AM