Pellegrini (kanan) beri tekanan psikologi terhadap Mourinho. - Foto AP
Pellegrini (kanan) beri tekanan psikologi terhadap Mourinho. - Foto AP

Manchester: Satu mata selepas dua perlawanan. Pertelagahan dengan kakitangan perubatan. Benteng longgar. Pencabar utama takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bermaharajalela pada tahap terbaik!

Itulah empat realiti dihadapi oleh pengurus Chelsea, Jose Mourinho pada peringkat awal kempen mempertahankan kejuaraan selepas tunduk 3-0 kepada Manchester City di Stadium Eithad, awal pagi tadi.

Sergio Aguero meledak jaringan pertama di separuh masa pertama sebelum Vincent Kompany dan Fernandinho menambah jaringan pada 11 minit terakhir perlawanan.

“Kami menyempurnakan tugas dengan baik,” kata pengurus City, Manuel Pellegrini.

Dalam satu lagi perlawanan, Arsenal mengatasi Crystal Palace 2-1 selepas kecundang 2-0 kepada West Ham sebelum ini.

Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan minit ke-16 sebelum bek Palace, Damien Delaney menyumbat gol sendiri di Selhurst Park.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata: “Meraih tiga mata adalah peralihan besar. Andai tewas satu tamparan hebat buat skuad.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 11:42 AM