REMAJA terbabit ditahan anggota AADK dalam pemeriksaan mengejut di asrama di Bandar Baru Ampang.
Oleh Fardy Bungga

Ampang: Seorang penagih dadah yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendakwa dijamu dengan menu ‘istimewa’ pil kuda ketika beraya di rumah salah seorang rakannya.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang ditahan AADK jam 10 malam kelmarin, mendakwa dihidangkan dadah pil kuda ketika mengunjungi rumah rakannya di Bachok, Kelantan.

Dia yang kini belajar dalam bidang pendawaian ditahan selepas didapati positif dadah dalam pemeriksaan mengejut di asrama kolejnya di Bandar Baru Ampang, di sini.

Ketika disoal siasat, remaja yang hanya dikenali sebagai Din itu berkata, dia sebelum ini berhenti mengambil dadah sebaik mendapat tawaran meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Menurutnya, dia bagaimanapun kembali mengambil pil kuda selepas tidak tahan dengan godaan sebaik ditawarkan pil itu oleh rakannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 7:37 AM