X
ZULQ ‘73 tagih aksi cemerlang pelumba muda.
ZULQ ‘73 tagih aksi cemerlang pelumba muda.
Oleh Norfaisal Jahuri

Jasin: Kejohanan Harian Metro Grand Prix Mountain Bike (MTB) Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Asahan bakal menjadi medan aksi sebenar Kelab Zulq ‘73 yang menyandarkan harapan empat pelumba junior mereka.

Pasukan dari Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor itu menjadikan kejohanan itu sebagai medan menguji prestasi pasukan bersaing dengan peserta lebih berpengalaman.

Ketua pasukan Zulqarnain Zainal Abidin berkata, pasukannya menyenaraikan 30 pelumba dalam kategori Metro Open Jamboree dan Junior.

Dia berharap pelumba junior mereka berusia 15 dan 17 tahun memberikan persembahan meyakinkan.

“Kami bekerja secara berpasukan dengan sasaran mencatat ranking terbaik kelak,” katanya.

Zulqarnain berkata, pelumbanya banyak mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli kelab lain yang lebih berpengalaman
disamping kerap mengadakan latihan bersama.

“Kami menjalani latihan dengan jarak kayuhan 60 kilometer (km) setiap minggu menggunakan laluan jalan raya serta melakukan pendakian dan pecutan untuk membina stamina.

“Manakala, bagi laluan lasak pula kami akan melalui jarak sama bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan dalam pasukan,” katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:06 AM