NUR Azmi (dua dari kanan) mempengerusi Mesyuarat Pengurusan MHC, turut kelihatan Mirnawan Nawawi (kiri) Arul (dua dari kiri), Dr S Shamala (tiga dari kiri) dan Datuk Johari Abdul Aziz  di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
NUR Azmi (dua dari kanan) mempengerusi Mesyuarat Pengurusan MHC, turut kelihatan Mirnawan Nawawi (kiri) Arul (dua dari kiri), Dr S Shamala (tiga dari kiri) dan Datuk Johari Abdul Aziz di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Tai Beng Hai kembal membimbing skuad hoki senior kebangsaan dan pengendali sementara, Arul Selvaraj memberi tumpuan penuh kepada skuad remaja negara.

Beng Hai memikul tugas itu untuk sementara hingga Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendapat khidmat jurulatih asing sebagai jurulatih tetap skuad senior.

Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Beng Hai diberi tanggungjawab mempersiapkan skuad senior bagi menghadapai pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Singapura pada 17 Januari.

Menurutnya Arul pula akan terus melatih skuad remaja bagi menghadapi Kejohanan Piala Remaja Asia tahun depan sekali gus memburu tiket automatik ke Piala Dunia Remaja 2016 di New Delhi.

Perubahan portfolio dua jurulatih itu diputuskan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kata Nur Azmi selepas mepengerusi mesyuarat pengurusan skuad senior dan remaja kebangsaan semalam.

Difahamkan, jurulatih kelahiran Australia, Terry Walsh yang kini membimbing skuad kebangsaan India, dikatakan berada dalam radar MHC untuk dipilih sebagai ketua jurulatih tetap skuad kebangsaan.

Walsh, bekas jurulatih Malaysia pada 1990 hingga 1993, membawa India menjuarai Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, baru-baru ini.

Sementara itu, Beng Hai sedia memikul tanggungjawab itu untuk mempersiapkan pasukan bagi meraih tiket ke Sukan Olimpik 2016.

“Saya tidak akan melakukan banyak perubahan dalam pemilihan pemain, tetapi yang penting adalah tahap kecergasan pemain,” katanya yang pernah membimbing skuad negara pada 2008 sebelum diganti jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington pada 2012. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:09 AM