ASUS ZenPower.
ASUS ZenPower.

Telefon pintar yang sering mengalami kehabisan bateri memerlukan powerbank yang mampu mengecas pantas dan kompak seperti ditawarkan ASUS melalui ZenPower pada harga semurah RM59.

Saiznya agak kecil, hanya sebesar kad kredit serta mempunyai tahap keringanan 215 gram saja pada kapasiti 9600mAh yang turut mempunyai teknologi PowerSafe mengawal haba bagi mengelakkan litar pintas.

Ia mempunyai output 2.4A sekali gus berupaya memantaskan pengecasan telefon berbanding 1.1A pada kebanyakan powerbank lain.

INFO

ASUS ZENPOWER

- Harga: RM59

- Bateri: ion litium

- Kapasiti: 9600mAh

- Pengeluaran tenaga: 2.4A

- Kemampuan mengecas: iPhone 5s (5x), Zenfone 5 (3x), iPhone 6 Plus (2x), iPad Air 2 (1.4x)

- Saiz: 90.5 x 59 x 22mm

- Berat: 215g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 10:14 AM