MILA ditemuramah wartawan HM.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: ‘Siang belajar buat kek, malam belajar hisap ganja’. Itu aktiviti pesta dadah dilakukan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Remaja berasal dari Kampung Baru Ampang itu ditahan anggota AADK selepas gagal dalam ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya di asrama kolej, di sini, jam 10 malam kelmarin.

Remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Mila mengaku tidak lagi bersekolah dan mengikuti kursus dalam bidang pastri di kolej swasta di ibu kota.

Menurutnya, dia hanya sekadar ingin merasai kesan mengambil dadah selepas dipujuk rakan.

“Saya bersama dua lagi rakan mengikuti sekumpulan tujuh lelaki ke Bukit Ampang sebelum diberikan rokok berisi daun ganja untuk dihisap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 7:26 AM
Skip this ad x