Ohio (Amerika Syarikat): Seorang suami tidak mampu menahan kemarahan apabila melihat isterinya tidur dengan lelaki lain menyebabkan dia menyerang dan menggigit telinga ‘saingannya’ itu hingga putus.

Virgil Bates III, 40, yang berasal dari Toledo mengaku menyerang Matthew Tipton, 44, di Ohio pada 24 Jun lalu.

Ketika memberi keterangan di hadapan hakim Mahkamah Rayuan Lucas County Common, Bates memberitahu: “Saya bertindak demikian kerana dia terlebih dulu mengigit lengan saya.

“Kerana terlalu panik, saya mengigit telinganya sampai putus.”

Bates berdepan hukuman penjara sehingga 18 bulan, tetapi pendakwa raya mencadangkan dia dihantar ke pusat rawatan dan menjalani khidmat masyarakat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 10:04 AM