SEORANG anggota polis mengangkat pokok ganja ketika operasi memusnahkan ladang dadah itu di Aceh Besar, semalam.
SEORANG anggota polis mengangkat pokok ganja ketika operasi memusnahkan ladang dadah itu di Aceh Besar, semalam.

Aceh: Polis semalam memusnahkan ladang ganja seluas 34 hektar yang terletak di kaki Gunung Seulawah di daerah Aceh Besar.

Ketua Polis Aceh M Husein Hamidi mengetuai sendiri operasi berkenaan yang turut membabitkan puluhan anggota pasukan itu.

Menurutnya, ladang berkenaan ditemui selepas pihaknya melakukan pengintipan selama sejak sebulan lalu, hasil daripada maklumat yang diterima daripada penduduk sekitar.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat menangkap pemilik ladang itu,” kata Husein.

Menurutnya, ladang berkenaan mengandungi tempat penyemaian dan memproses dadah berkenaan.

Husein berkata, pihaknya yakin masih terdapat banyak ladang ganja di sekitar kawasan berkenaan dan mengharapkan bantuan penduduk setempat membongkar kegiatan dadah di situ. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 10:08 AM