FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak menerusi Land Rover Discovery Sport, di sini, sebentar tadi.

Ditawarkan dua varian membabitkan 2.0L Si4 Petrol dan 2.2L SD4 Diesel yang kedua-duanya menggunakan transmisi sembilan kelajuan automatik.

Varian Si4 Petrol dijual pada RM399,000, manakala harga SD4 Diesel diumumkan akan datang.

Land Rover Discovery Sport dibangunkan di Land Rover United Kingdom yang dipasang di Halewood, Liverpool.

SUV yang menampilkan tempat duduk 5+2 itu, turut mampu dipandu dalam pelbagai permukaan jalan, selain berkeupayaan meredah laluan air sehingga 0.6 meter.

Kedua-dua varian itu ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 300,000 kilometer (km), penyelenggaran berjadual percuma untuk lima tahun atau 80,000 km.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 12:40 PM