MAZDA MX-5 generasi keempat. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Bermaz Motor Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Mazda melancarkan generasi keempat, Mazda MX-5 SKYACTIV di sini, hari ini. 

Jentera yang menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0L dengan padanan transmisi enam kelajuan automatik itu menjanakan kuasa maksimum 158 hp dan tork setinggi 200 Nm.

Mazda MX-5 yang mempunyai dua tempat duduk menjadi kenderaan paling ringan, berkuasa dan jimat minyak.

Buat masa ini, ia ditawarkan varian convertible dengan 'soft top' dan dijual pada harga RM226,376.32 atas jalan termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 5:52 PM