HADI Hussien, 44 tahun, pengembara solo Kuala Lumpur-London 2010 kini dalam penjelajahan ke lima daerah di Johor.

Sebelum ini, Hadi yang menggunakan tema `iammalaysian’ berada di Ledang dan Muar.

Esok, dia akan ke Batu Pahat sebelum ke Pontian dan destinasi terakhir Johor Bahru.

Katanya, pengembaraan kali ini menggunakan motosikal Demak ATM 200cc.

“Saya memulakan perjalanan pada 15 Ogos lalu. Dijangka tiba di Johor Bahru pada ambang Merdeka iaitu pada 30 Ogos. Esok petang saya akan berada di Batu Pahat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 12:43 PM