FOTO Shahrizal Md Noor
FOTO Shahrizal Md Noor
Oleh Aizat Sharif

 

Padang Besar: Lebih 20 mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di satu lagi kem yang disyaki kurungan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Wang Kelian, di sini.

Kesemua mayat itu ditemui di Bukit Wang Burma selepas operasi penggalian di kawasan kem itu yang dilakukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan Forensik Polis Perlis.

Penggalian dilakukan susulan penemuan beberapa kubur di kawasan kem PATI itu beberapa hari lalu.

Polis Perlis dan juga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman enggan mengeluarkan sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan setakat ini.

Sehingga 9.15 malam tadi, semua mayat dikatakan sudah dibawa turun dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 11:43 PM