PESERTA program bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli Kampung Redip.
Oleh Syarimie Wosley


Seramai 50 siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapat pengalaman berharga tinggal bersama masyarakat Orang Asli Kampung Redip, Pos Hau, Kelantan, menerusi program Eksplorasi Seni Budaya 2015, baru-baru ini,

Program khidmat komuniti masyarakat empat hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda membina pengalaman bersama masyarakat Orang Asli selain platform menguji ketahanan diri berdepan cabaran.

Turut sama dalam program berkenaan ialah pelajar SK Kuala Betis, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 12:49 PM