Arjun Rampal, 42, dikatakan punca berakhirnya hubungan Hrithik Roshan dan bekas isterinya, Sussanne Khan yang bercerai pada November 2014.

Kini Arjun pula dilaporkan akan menceraikan isterinya, bekas Ratu Cantik India dan supermodel terkenal, Mehr Jesia, 44. Pasangan ini berkahwin selama 17 tahun dan dikurniakan dua zuriat, Mahikaa, 13 dan Myra, 10.

Pasangan ini dikatakan sudah enam bulan tinggal berasingan dan dalam tempoh itu berusaha menyelamatkan perkahwinan, namun menemui jalan buntu.

Sumber mendedahkan John dan Mehr sudah memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Keluarga di Bandra.

Sebelum itu John memberitahu media rumah tangga mereka bahagia dan tiada perkara buruk berlaku.

Akhbar Mumbai Mirror melaporkan, Mehr menggunakan khidmat peguam terkenal yang banyak menguruskan perceraian selebriti India iaitu Mrunalini Deshmukh.

Menurut laporan portal Pinkvilla pula, pasangan ini sedang membincangkan urusan pembahagian harta sepencarian terutama kediaman di Bandra.

“Mehr berkeras mahukan kediaman yang diletakkan atas namanya. Dia mahu menetap di sana bersama anak-anaknya,” kata sumber itu.

Mehr dikatakan tidak dapat memaafkan Arjun apabila menduakannya dan lebih kecewa apabila mendapat tahu suaminya itu bercuti dengan Sussanne di luar negara. Arjun bagaimanapun menafi keras perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 10:18 AM