SEBAHAGIAN pelajar Kolej Komuniti yang terbabit dalam penghasilan beg ‘holdall’ terbesar di dunia.
SEBAHAGIAN pelajar Kolej Komuniti yang terbabit dalam penghasilan beg ‘holdall’ terbesar di dunia.
Oleh Ainul Fatihah Mansor

Cyberjaya: Kejayaan menghasilkan beg ‘holdall’ menggunakan 2,984 kemeja terpakai oleh penuntut dari empat Kolej Komuniti membolehkan hasil seni itu mendapat pengiktirafan dalam Guinness World Records sebagai beg ‘holdall’ terbesar di dunia.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mary Yap Kain Ching berkata, empat kolej yang terbabit dalam program bersejarah itu ialah Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Manjung dan Kolej Komuniti Batu Gajah.

Beliau berkata, beg berukuran 7.62 meter (m) panjang, 5.44m tinggi dan 3.0 m lebar itu dihasilkan dengan kerjasama pensyarah, penuntut dan 31 agensi lain di bawah perancangan Pusat Latihan Kraftangan Epal.

“Beg ini mengambil masa enam bulan sejak 12 Disember 2014 hingga Mei lalu untuk disiapkan dan 1,492 peserta terbabit menyiapkannya.

“Program ini juga membuktikan perpaduan dibentuk sejak sekian lama dengan berganding bahu menyiapkan beg itu, sekali gus memperlihatkan Malaysia sebagai negara unik,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Guinness World Records bagi Jenama Beg Holdall Terbesar, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:09 AM