England patut menang Piala Dunia bersama Scholes dan Gerrard kata Henry. - Foto Sky Sports
England patut menang Piala Dunia bersama Scholes dan Gerrard kata Henry. - Foto Sky Sports

London: Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes ‘lebih berpengaruh’ berbanding Steven Gerrard dalam posisi sama di Liverpool, menurut pemain legenda Arsenal, Thierry Henry.

Mereka menguasai bahagian tengah bersama kelab masing masing selama lebih sedekad tetapi Scholes lebih penting buat pasukannya, dakwa penyerang Perancis itu.

Henry memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Negara Eropah bersama Perancis termasuk menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali bersama Gunners mengatakan gandingan tengah England sepatutnya menjulang Piala Dunia.

Ditanya siapa pemain pilihan jika bergandingan penyerang prolifik itu mengatakan beliau memilih Scholes.

“Pemain pilihan kedua di belakang Scholes adalah Stevie G”, kata penjaring terbanyak Arsenal itu kepada Sky Sports Night Football.

“Memang betul. Saya rasa Stevie G menghampirinya tetapi Scholes pasti menang.”

Legenda Gunners itu hairan mengapa dua pemain tengah terbabit termasuk Frank Lampard dan David Beckham membentuk ‘generasi emas’ Three Lions gagal membantu England menyerlah di peringkat antarabangsa.

Henry berkata: “Dia atas kertas anda memiliki beberapa pemain England membentuk bahagian tengah terbaik di dunia,”. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:28 PM