Tahehyi (Paraguay): Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini, selepas dituduh mengamalkan sihir.

Wanita masyarakat orang asli itu, Adolfina Ocampos, 45, dibunuh anggota etnik Mbya Guarani selepas ketua suku kaum itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Walaupun tarikh pembunuhan itu tidak jelas, ia berlaku di Tahehyi, 280 kilometer ke utara Asuncion, ibu negara Paraguay.

Pendakwa raya tempatan Fany Aguilera mendakwa sembilan lelaki penduduk kampung berkenaan atas tuduhan membunuh dan mereka mengaku membunuh wanita terbabit.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan puluhan orang di seluruh dunia dibunuh kerana dituduh mengamalkan sihir setiap tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:05 AM