Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Hanya selangkah lagi buat beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk menepati sasaran mara ke separuh akhir Grand Prix (GP) Terbuka Vietnam 2015 apabila memenangi pusingan kedua, semalam.

Semalam Peng Soon-Liu Ying mengejutkan pilihan ke
dua dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto di pu
singan kedua selepas men
catat kemenangan straight set 21-16, 21-12 dalam perla
wanan 34 minit.

Menanti mereka di suku akhir hari ini satu lagi pasangan Indonesia, Andrei Adistia-Vita Marissa yang mengalahkan pasangan China, Wang Sijie-Ou Dongni 21-13, 19-21, 21-19.

Menurut Liu Ying, mereka memang bersedia sebaik mungkin ketika berdepan Praveen-Debby, dalam masa yang sama pasangan lawan itu dilihat tidak beraksi pada tahap terbaik.

“Selepas memenangi set pertama, kami mempunyai peluang mencatat kemenangan selepas mereka dilihat sedikit longgar. Kami mengambil kesempatan itu dengan baik,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Pertemuan menentang pasangan Indonesia itu adalah yang kedua buat Peng Soon-Liu Ying. Sebelum ini mereka tumpas di pusingan kedua Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 8:37 AM