Kehadiran Sturridge ceriakan kem latihan di Melwood. - PIX REUTERS
Kehadiran Sturridge ceriakan kem latihan di Melwood. - PIX REUTERS

Bengaluru: Daniel Sturridge kembali berlatih bersama skuad utama Liverpool selepas pulih pembedahan pinggul.

Dia meledak lima gol menerusi 18 penampilan bersama kelab Merseyside sepanjang kempen mengecewakan akibat kecederaan musim lalu.

Kali terakhir penyerang itu mewakili skuad Brendan Rodgers ketika menang 1-0 saingan Piala FA di Blackburn Rovers pada 8 April lalu.

Sturridge menjalani pembedahan di New York, Mei lalu untuk memulihkan pelbagai isu otot dialami.

Pemain berusia 25 tahun itu kelihatan bergerak selesa pada sesi latihan di Melwood, semalam.

Dalam perkembangan lain pemain tengah Reds Lazar Markovic, 21 bakal menyertai Fenerbachce secara pinjaman semusim, lapor media Britain.

Liverpool juara Liga Inggeris 18 kali bersetuju dengan syarat ditetapkan untuk melepaskan Markovic kepada kelab Turki itu.

Markovic pemain antarabangsa Serbia adalah pemain keempat meninggalkan Anfield selepas penghijrahan Rickie Lambert, Javier Manquillo dan Mario Balotelli. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 4:30 PM