WAKIL institusi yang mengambil bahagian bergambar kenangan ketika majlis Pra Pelancaran K3G, di UiTM Shah Alam, baru-baru ini.
Oleh Ruhaiza Rusmin


Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KP) menganjurkan program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (K3G) pada September ini.

Majlis Pra Pelancaran ‘Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2015’ disempurnakan Ketua Setiausaha II KPM Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, di kampus induk UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.

UiTM dilantik tuan rumah bagi K3G 2015 dengan membawa tema ‘Nurturing Enterprising Talent’ selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan graduan lebih dinamik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:00 AM