SKUAD Harimau Malaya berlatih di Armed Forces Stadium di Abu Dhabi bagi persiapan menentang UAE pada kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019. FOTO Aziman Rosdi
Oleh Aziman Rosdi di Abu Dhabi


Abu Dhabi: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh akhirnya dapat mengumpul semua 24 pemain untuk kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 apabila pemain Pahang Mohd Razman Roslan, Azamuddin Mohd Akil, Khairul Azhan Khalid dan Matthew Davies tiba dari Tajikistan selepas selesai komitmen bersama Pahang dalam saingan Piala AFC minggu lalu.

Skuad Harimau Malaya yang berlatih di Armed Forces Stadium di Abu Dhabi akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, Khamis ini.

Berbekalkan cuaca panas waktu malam yang kadang kala mencecah suhu 40 darjah celsius, Dollah menjangkakan anak buahnya bakal 'bermandi peluh' apabila bertemu UAE.

Peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia sebagai juara kumpulan atau empat pasukan terbaik naib juara tampak sukar buat Malaysia namun laluan mereka untuk ke Piala Asia masih terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 12:38 AM