Oleh Norhadiani Baharom

Pernah dia ditertawakan rakan hanya kerana cita-citanya mahu menjadi pramugari. Masakan tidak, menoleh semula kehidupan zaman kanak-kanaknya, pelakon yang semakin meningkat, Syatilla Melvin, 23, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin seorang gadis comot dan berperwatakan tomboi.

Sawah, parit dan cacing bagaikan tempat dan barang permainannya.

Mungkin kerana itu cita-citanya diperlekehkan kerana mana mungkin gadis comot layak memilih kerjaya pramugari yang sering dikaitkan dengan wanita cantik.

"Saya memang budak kampung. Parit dan sawah di sekitar kampung saya di Parit Buntar, Perak adalah kawasan permainan saya. Saya pula agak tomboi dan kulit pula gelap sebab selalu berjemur. Jadi, siapa yang tidak ketawa apabila saya mahu menjadi pramugari," katanya.

Mengakui sering dihambat rindu kehidupan kanak-kanaknya, segalanya kini berubah kerana tidak lagi berpeluang melakukan semua itu.

"Sepupu yang dulunya teman sepermainan kini masing-masing sudah berkahwin. Sekarang apabila pulang ke kampung, saya hanya duduk di rumah," katanya.

Menyambung bicaranya lagi, sisi feminin dalam dirinya mula terserlah ketika di tingkatan empat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:27 AM