Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang kelihatan kabur dari luar tingkap Plaza Masalam berikutan jerebu yang melanda di sekitar Bandar Shah Alam petang tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Kuala Lumpur: Tahap kualiti udara lapan kawasan di lima negeri berada pada tahap tidak sihat sehingga 11 malam tadi.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Alor Setar dan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 109 dan 108 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (105)

Di Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang bacaan IPU 103 dan Di Shah Alam, Selangor turut mencatatkan bacaan IPU 103.

Dua lagi kawasan di Selangor, iaitu di Pelabuhan Klang dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan IPU 102 dan 101.

Di Nilai, Negeri Sembilan, bacaan IPU 102.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Maklumat mengenai bacaan IPU boleh diperoleh di laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 12:25 AM