FOTO NSTP
FOTO NSTP
Oleh Hayati Ibrahim


Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 12 kawasan mencatatkan status kualiti udara tidak sihat, manakala 11 sihat dan 28 kawasan pada tahap sederhana.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kawasan tidak sihat

adalah Kangar, Perlis (103); Alor Setar (120) dan Sungai Petani, Kedah (106); Seberang Jaya, Pulau Pinang (102);Jln Pegoh Ipoh, Perak (104); Taiping, Perak (103).

Lokasi lain adalah Seri Manjung, Perak (105); Pelabuhan Klang (109); Shah Alam (108) dan Banting Selangor (102); Batu Muda Kuala Lumpur (113) dan Nilai, Negeri Sembilan (106).

"Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura semalam (2 September), bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 18 di Sumatera, Indonesia terus meningkat kepada 395 titik panas berbanding sebanyak 380 pada 1 September.

"Selain itu, sebanyak 31 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia semalam, dan bilangan titik panas di Kalimantan, Indonesia tidak dapat dikesan sepenuhnya berikutan cerapan satelit tidak menyeluruh dan dilitupi awan,"katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 12:29 PM