FOTO Ayusliza Azizan
Oleh Siraj Mohd Zaini dan Ayusliza Azizan

Sabak Bernam: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di sekitar perairan Sabak Bernam ke sempadan, Perak, digerakkan pada jam 8.30 pagi ini.

Ketua Zon Selangor Utara, Hazmi Ali berkata, operasi SAR membabitkan lapan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam menggunakan bot bomba.

"Seramai enam pegawai dan anggota dari BBP Sungai Besar menggunakan sebuah bot.

"Pencarian turut membabitkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dua buah bot di kawasan pesisir pantai," katanya ketika ditemui pada pusat SAR Bot Karam Bagan Nakhoda Omar, di sini.

Hazmi berkata, bagi pencarian di kawasan tengah laut membabitkan empat buah bot oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 11:06 AM