Gambar Amran daripada rakaman video yang tersebar sebelum ini.
Gambar Amran daripada rakaman video yang tersebar sebelum ini.
Oleh Sarah Zulkifli

Kuala Lumpur : Lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga viral dalam media sosial bulan lalu, dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, petang tadi, atas tuduhan memegang kemaluannya bertujuan mengaibkan kehormatan seorang wanita.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amran Shah Abu Samah, 41, selepas dia mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Bapa kepada dua anak yang memakai baju melayu itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pegawai khidmat pelanggan berusia 26 tahun di dalam LRT Star Stesen Masjid Jamek, di sini, 11.45 malam, pada 13 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 5:14 PM