X
Hamilton memecut jentera Mercedes pada sesi latihan bebas hari ini menjelang GP Itali. - PIX AFP
Hamilton memecut jentera Mercedes pada sesi latihan bebas hari ini menjelang GP Itali. - PIX AFP

Monza: Juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton mencatat masa terpantas sesi latihan pertama sebelah pagi menjelang Grand Prix Itali Ahad ini.

Rakan sepasukan Mercedes dan pencabar terdekat Nico Rosberg mengekori rapat merakam kedua terpantas ketinggalan 0.463s.

Hamilton pemandu Britain memburu kedudukan petak utama kali ke-11 daripada 12 perlumbaan musim ini hadir dengan identiti baru rambut berwarna perang disifatkan sebagai fasa ‘eksperimen'.

Pendahulu kejuaraan melakukan catatan sepusingan terpantas satu minit 24.670 saat.

Rosberg ketinggalan 28 mata di belakang Hamilton dalam kejuaraan ketika saingan berbaki lapan pusingan.

Dua pemandu Mercedes terbabit memecut kepantasan melebihi 350 km/j dengan enjin baru dipertingkatkan.

Sebastian Vettel masih dihantui kebimbangan tayar bersepai di Belgium dua minggu lalu memacu Ferrari untuk kali pertama di litar berhampiran Milan merakam masa ketiga terpantas. - AFP

Keputusan sesi latihan bebas pertama F1 GP Itali:

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:24.670 2. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:25.133 3. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:26.258 4. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 1:26.612 5. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:26.730

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 7:42 PM