ABDUL Samah (dua dari kanan) menunjukkan dadah dan alat memproses yang dirampas di banglo di Sungai Pelek.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Tiga ‘saintis’ dadah tempatan dikesan menyewa banglo mewah bagi dijadikan makmal memproses dan memasak dadah syabu bernilai lebih RM7.6 juta.

Kegiatan suspek dilakukan di Sungai Pelek, Sepang itu, terbongkar apabila penduduk setempat terhidu bau mencurigakan dari banglo dihuni suspek.

Susulan maklumat diterima, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan jam 5 petang, 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, tiga suspek lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun ditahan selepas didapati menjadikan kediaman itu sebagai makmal dadah.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tujuh tong mengandungi cecair mengandungi dadah syabu seberat 126 kilogram (kg).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 6:50 AM