Makkah: Seramai 647,314 jemaah haji sudah tiba di Arab Saudi sehingga kelmarin.

Menurut data yang dikeluarkan Direktorat Pasport semalam, jemaah berkenaan tiba dengan kira-kira 1,300 penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Putera Muhammad bin Abdulaziz di Madinah.

Ketibaan penerbangan haji terakhir dijadualkan pada 18 September depan.

Setakat ini, jumlah jemaah paling ramai tiba ialah dari Pakistan, diikuti oleh India dan Indonesia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan 18 pesawat keselamatan yang akan digunakan untuk mengawasi operasi di sekitar Makkah, Madinah dan kawasan suci lain sepanjang musim haji. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 7:20 AM