Aguero (tengah) meraikan jaringan pertama Argentina ketika menentang Mexico di Arlington. - PIX AP

Arlington: Argentina mengikat Mexico 2-2 menerusi jaringan lewat permainan oleh Sergio Aguero dan Lionel Messi pada perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi tadi.

Biarpun menguasai pertembungan Aguero hanya dapat menyudahkan bola ke belakang jaring di minit ke-85 selepas Ezequiel Lavezzi memanfaatkan kesilapan dilakukan penjaga gol Mexico.

Messi membuat sepakan voli dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki dua minit untuk menafikan kemenangan Mexico.

"Mexico menjaringkan gol tetapi saya merasakan Argentina menguasai perlawanan," kata jurulatih Gerardo Martino.

Mexico mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi sepakan penalti bekas pemain Manchester United, Javier 'Chicharito' Hernandez.

Hector Herrera meletakkan Mexico mendahului 2-0 minit ke-70.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 2:38 PM