KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Syazwan Msar


Temerloh: Seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta parah selepas dilanggar pacuan empat roda yang hilang kawalan di Jalan Temerloh-Mentakab, berhampiran Taman Jalan Bahagia, kira-kira 10 malam tadi.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 40-an dalam perjalanan dari arah Mentakab menghala ke Temerloh.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20-an.

"Pacuan empat roda itu terus meluru ke arah stesen minyak dan melanggar pula kereta yang dipandu wanita berusia 20-an sebelum melanggar dua lagi kenderaan lain.

"Penunggang motosikal dan pemandu kereta terbabit parah sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghulurkan bantuan dengan menghubungi pihak berkuasa," katanya, ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan polis akan menahan pemandu pacuan empat roda terbabit untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 10:17 AM