SEORANG pekerja  menyusun wang untuk seorang pelanggan di sebuah pusat tukaran wang di Jakarta, Indonesia, semalam.
SEORANG pekerja menyusun wang untuk seorang pelanggan di sebuah pusat tukaran wang di Jakarta, Indonesia, semalam.

Jakarta: Mata wang Rupiah Indonesia melemah pagi semalam apabila jatuh 57 mata dari Rp14,244 (RM4.30) untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS) kepada Rp14,301 (RM4.33).

“Rupiah kembali melemah berbanding dolar AS walaupun semalam (kelmarin) mengukuh,” kata Ketua kajian NH Korindo Securities, Reza Priyambada.

Reza berharap, peringkat pertama pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan kelmarin berkesan menangani cabaran kelembapan ekonomi global.

“Ketika ini pemain pasaran meneliti langkah kerajaan yang dijangka diterima baik pasaran dan secara tidak langsung akan dapat melonjakkan Rupiah,” katanya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kelmarin mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan menyokong daya saing industri negara, memacu projek strategik kebangsaan dan meningkatkan pelaburan di sektor hartanah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 6:31 AM