BERATUS-ratus pelarian tiba di Austria selepas menyeberangi sempadan melalui Hungary semalam.
BERATUS-ratus pelarian tiba di Austria selepas menyeberangi sempadan melalui Hungary semalam.
AFP

Röszke: Sejumlah besar pendatang semalam memasuki Hungary dari Serbia hingga memaksa Austria menggantungkan perkhidmatan kereta api rentas sempadan.

Dalam pada itu Eropah masih lagi belum mencapai kata sepakat mengenai cara menangani krisis pelarian berkenaan.

Polis Hungary berkata, 3,321 pelarian berebut-rebut memasuki negara itu dalam tempoh 24 jam lalu bagi mengelak penguatkuasaan undang-undang baru antipendatang dan pagar kawalan sempadan yang hampir siap serta keadaan cuaca yang semakin buruk.

Di Serbia, televisyen negara itu melaporkan 5,000 pendatang kini berada di sempadan untuk menyeberang masuk.

Jauh di selatan di sempadan Macedonia dengan Greece, wartawan melaporkan 50 bas mengangkut 2,500 pendatang dan tiga kereta api yang mengangkut 3,000 pendatang berlepas dari Gevgelija.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 7:04 AM