Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Seorang pekerja melecur dalam kebakaran membabitkan gudang kilang itu, di Kota Kemuning, Seksyen 31, dekat sini, 5 petang tadi.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.21 petang.

Katanya, anggotanya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada 5.34 petang.

Katanya, gudang berkenaan menyimpan beberapa jenis bahan kimia seperti `nitrocellulose UN 2556’ (pepejal mudah terbakar) serta `afcona resin solution UN 1866’, `printing ink UN 1210’ dan `ethanol/alcohol UN 1170’, masing-masing cecair mudah terbakar.

Beliau berkata, 17 anggota bomba dan pegawai terbabit dalam operasi pemadaman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 9:01 PM