London: Mahkamah Bristol Crown Britain menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh lelaki dengan seorang daripadanya selama 32 tahun kerana merogol dan mendera secara seksual bayi dan kanak-kanak serta berkongsi gambar dan video perbuatan itu melalui Internet.

Hakim Judge Julian Lambert berkata, mereka terbabit dalam perbuatan jenayah amat keji yang amat sukar dibayangkan manusia.

Lelaki terbabit berusia antara 30 hingga 51 tahun, dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga 32 tahun.

Agensi Jenayah Kebangsaan mula menyiasat kes itu pada September 2014 selepas seorang lelaki ditahan dan mengaku melakukan penderaan seksual kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Siasatan itu membawa kepada penahanan enam lagi lelaki.

Pihak berkuasa melindungi identiti tiga mangsa iaitu seorang bayi dan dua kanak-kanak. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 10:28 PM