Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi di Lembah Klang petang ini terus mencatatkan peningkatan berbanding jam 8 pagi tadi, namun masih pada tahap tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan sehingga 2 petang tadi merekodkan 18 kawasan seluruh negara masih kekal pada tahap tidak sihat bacaan dengan bacaan IPU melebihi 100.

Bacaan tertinggi IPU dicatatkan di Bukit Rambai iaitu 170, Bandaraya Melaka (167), Nilai (158), Port Dickson (156), Banting (162), Pelabuhan Klang dan Putrajaya masing-masing 151.

IPU tidak sihat turut direkodkan di Batu Muda (126), Cheras, (122), Muar (147) dan Pasir Gudang (106).

Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah pula mengekalkan bacaan IPU sederhana.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 4:52 PM