Oleh Dr Adilah Ahmat

Saya berumur 18 tahun dan masih bujang. Saya risau masalah kitaran haid saya yang tidak menentu. Saya didatangi haid selama dua bulan secara berterusan dan adakalanya darah keluar berketul-ketul.

Ini menyebabkan saya risau jika ada penyakit lain. Harap doktor dapat memberi nasihat.

Dyla,

Kelantan

Berapakah berat badan anda? Adakah ia ideal berbanding ketinggian anda? Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid tidak menentu? Adakah ia jarang-jarang ataupun adakah ia kerap datang dalam setiap bulan? Sekiranya anda menjalani pemeriksaan doktor, dia akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan anda tidak mempunyai penyakit berkaitan. Ini dibantu dengan ujian imbasan ultrabunyi pelvis dan ujian darah.

Setelah mengesahkan tiada penyakit fizikal, barulah doktor akan membuat keputusan bahawa ia masalah hormon bersifat sementara saja. Perlu diingatkan, ada juga masalah hormon yang berkait dengan penyakit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:00 AM